Saturday 15 December 2012

                                                     MEMIKIR DAN TERFIKIR...


Termangku aku keseorangan melayan perasaan yang tiba-tiba 
diulit rasa hiba yang datang menyapa tanpa diundang.
Astaqfirullah,itulah kalimah yang meniti di bibir tatkala 
tersedar kembali dari lamunan yang entah datangnya dari mana.
Hari ini sangat menguji dan kini aku teruji 
dengan keadaan sekeliling yang penuh dengan cabaran dan dugaan 
yang datang bersilih ganti.
Allah,mampukah aku untuk memikul amanah ini,
amanah dari ibu ayah di kampung,amanah dari sahabat seperjuangan,
dan sungguh mengharukan adalah satu amanah dari ummah!
Aku bukanlah seorang yang hebat jauh sekali orang yang dikenali oleh masyarakat,
tapi aku cuba gagahi langkahku ini demi untuk satu amanah 
yang kelak akan dipersoalkan di hadapan Allah..
Ampuni aku Ya Allah,seandaikan aku masih tidak memperbaiki kesan koyakkan itu.
Aku cuba sedaya mungkin untuk menjahit kembali luka itu 
agar ia kembali sempurna seperti dulu,
indah dipandang mata yang menatap...
Detik ini aku bersyukur kerna masih diberikan peluang 
untuk memikul amanah ini walaupun kaki berat melangkah 
untuk meninggalkan keluarga di tanah air.
 '' Ya Rahman,rahmatilah aku serta tabahkanlah hatiku 
melayari hari-hari yang mendatang dengan penuh kesabaran''.. 
Buat ibunda dan ayahanda yang tercinta,
anakmu mengharapkan doa kalian dari kejauhan mengiringi perjalanan ini.
Tiba-tiba kaki pantas melangkah dan tangan terus mencapai telefon 
tatkala terdengar dari kejauhan bunyi mesej masuk. 
Ya! mesej dari sahabat dari Malaysia.
Akhirnya tidak sia-sia penantianku,
ku mengharapkan mesej yang dihantar siang tadi akan terbalas.
Alhamdulillah,Allah makbulkan doaku.

                                                                     Bismillah.. 

             ''Istiqfar banyak-banyak fatin,
hari ni fatin ada exam tak? jangan fikir sangat..
              masih ada masa untuk usaha kan?
 usaha sampai habis. Jentikkan hati,belajar
              bukan untuk markah,
tetapi sebagai ibadah dan amanah,
betulkan semula niat
              pasti Allah kurniakan yang terbaik. 
Anggap ini satu episod dalam babak kehidupan kita.
Mungkin hari ini fatin jatuh dan sebagainya,
tapi hari mendatang? siapa yang tahu?
              pasti lebih baik..
inilah lumrah medan ilmu,
itulah hidup seorang hamba..
Yakin!takdir semua datangnya dari Allah..'' 

-ukhty sakina (uiam)-


Titisan jernih mengungkap segalanya..terima kasih ukhty kerana fahami keadaanku disini,

engkaulah sahabatku hingga ke akhirnya~ 
Terima kasih Ya Allah,kerana mengizinkan kami terus bersama 
dalam satu ikatan ukhwah ''fillah''

Saturday 28 April 2012

MENITI CINTA MENUJU SYURGA


Gadis itu diibaratkan seperti seorang bidadari yang turun ke dunia.
 Beliau selalu berselindung di dalam rumahnya 
sehingga tidak ramai yang pernah melihat wajahnya. 
Suaranya juga sukar menyapa telinga.
 Bahkan beliau juga sangat jarang berurusan dengan sesiapa.
 Beliau benar-benar memelihara diri dan kehormatannya 
seperti mutiara indah yang tersimpan jauh di dasar laut.


 Tetapi sesiapa yang pernah menemuinya mengatakan wajahnya cantik,
 suaranya lunak dan peribadinya terhormat. 
Gadis itu pernah mendengar khabar mengenai seorang pemuda soleh
 yang setiap masanya dipenuhi dengan beribadah kepada Allah.
 Beliau belum pernah menemuinya tetapi khabar itu telah menerbitkan 
rasa cinta dalam hatinya terhadap pemuda itu. 
Namun begitu, ada sedikit rasa cemburu tumbuh dalam hatinya. 
Setinggi manakah kesolehan pemuda itu? 
Benarkah pemuda itu memiliki akhlak yang sungguh terpuji? 
Seteguh manakah ketaqwaanya kepada Tuhannya?


Lalu beliau memberanikan diri menulis surat untuk bertemu pemuda itu. 
Beliau tidak tahu apakah pemuda itu mahu menemuinya. 
 Tanpa disangka, suratnya mendapat balasan. 
Pemuda itu bersetuju untuk bertemu dengan ditemani mahramnya. 
Hatinya berdebar tiba-tiba. Apakah benar tindakannya itu?
 Apabila tiba hari yang ditetapkan beliau dan seorang saudaranya
 menuju ke tempat yang dijanjikan.


 Tidak lama beliau menunggu, pemuda itu pun muncul.  
Subhanallah... hanya puji-pujian kepada Allah sahaja yang mampu dituturkannya 
apabila beliau melihat wajah pemuda itu. 
Beliau tidak tahu setampan manakah Nabi Yusof, 
tetapi pemuda itu sangat tampan di matanya. 
Serta merta beliau mengalih pandangannya, bimbang rasa cinta yang mula terbit 
dalam hatinya sejak mendengar khabar mengenai pemuda itu bertukar
 menjadi keinginan yang mengundang maksiat 
apabila melihat wajah pemuda itu dengan lama.
 ''Maha Suci Allah yang telah menganugerahkanmu dengan wajah yang tampan'',katanya.
 Pemuda itu tersenyum sambil menundukkan wajah.
 "Alhamdulillah, tetapi semuanya akan menjadi santapan cacing dan ulat setelah jasadku dikuburkan'',katanya. 
Sejuk hati gadis itu mendengar jawapan tawadhuk dari pemuda itu. 
Lantas timbul keinginan untuk menguji pemuda soleh itu. 
''Tidakkah kau mahu merasakan kelembutan tanganku?'',tanyanya. 
Pemuda itu masih tersenyum dan menjawab "hanya Allah yang tahu hatiku,
 tetapi aku tidak mahu kulitku dan kulitmu menjadi santapan api neraka hanya 
kerana bersentuhan tanpa akad yang sah''. 
Gadis itu mengalah. Benarlah khabar yang mengatakan pemuda itu seorang yang soleh 
dan begitu menjaga agamanya. 
"Aku telah menyintaimu sejak aku mendengar khabar mengenaimu, 
sedangkan ketika itu aku tidak pernah bertemu denganmu. 
Sekarang cinta itu semakin mekar dan aku tidak tahu adakah aku dapat menahannya'', 
gadis itu meluahkan perasaannya dengan jujur.
 ''Berhati-hati dengan urusan hati. Itulah tempat syaitan membisikkan syahwat 
yang hanya akan membinasakan diri. 
Aku tidak mahu menjadi musuhmu di akhirat nanti. 
Bertakwalah kepada Allah,kerana orang-orang yang bertakwa 
akan saling menjadi sahabat di syurga nanti'',
jawab pemuda itu. 
Gadis itu tertunduk malu.
 Betapa beliau telah dihanyutkan oleh perasaan yang melalaikan terhadap pemuda itu. 
Sejak pertemuan itu, gadis itu sentiasa merindui pemuda itu.
 Cintanya juga semakin bertambah. 
Namun rasa rindu dan cintanya itu diadukan hanya kepada Allah 
sehingga beliau menjadi salah seorang ahli ibadah. 
Akhirnya suatu hari, datang lamaran dari pemuda soleh yang dicintainya itu. 
Hati si gadis sangat gembira tetapi beliau terfikir sesuatu 
'' mengapa aku tidak terus melamarnya setelah pertemuan itu''?
 ''Sebenarnya aku telah jatuh cinta terhadapmu sejak itu. 
Tetapi aku mahu memastikan cintaku itu bukan kerana nafsu.
 Oleh kerana itu, aku mengamvil masa bagi membersihkan hatiku dan melamarmu 
setelah aku benar-benar yakin, bukan kerana tergoda denganmu'',jawab pemuda itu.


 Kali ini gadis itu tersenyum. Itulah jawapan yang dimahukannya. 
Mereka pun bernikah dan membina cinta dengan harapan cinta itu 
dapat menjadi titi ke
 syurga nanti.......
DOA CINTA NABI DAUD


Ya Allah
aku mohon cintaMu dan cinta insan yang menyintaiMu
serta cinta yang dpat mendekatkan aku kepada cinta Mu
Ya Allah
jadikan cinta Mu sesuatu yang paling aku cintai
daripada cintaku kepada keluargaku
hartaku dan air yang dingin

Ya Allah
hidupkanlah hatiku dengan cintaMu
dan jadikanlah aku seperti apa yang Engkau cintai

Ya Allah
jadikanlah aku menyintaiMu dengan segenap cintaku
dan seluruh usahaku demi keredhaanMu


(At Tirmizi)